Wednesday, November 30, 2011

~~ Wajah Baru JarumJahitCollection aka JJC :)

Assalamualaikum :)

sempena tahun baru hijrah yang berlalu minggu lepas dan juga Tahun Baru 2012 yang bakal menjelma tak lama lagi, JJC berazam untuk memperbaiki lagi mutu serta kualiti kedai online dan juga perkhidmatan kami.
Justeru , dengan ini..
saya owner JJC
Puan Lizawati Binti Mohamed Hassan
dengan penuh rasa kesyukuran ingin membawakan kepada anda
THE NEW JJC! J


Harap anda sukakan perubahan yang cuba kami bawakan ini kerana sudah tentunya JJC membawakan :
1) Wajah baru yang lebih segar , design yang simple dan tidak berserabut beserta warna yang menarik iaitu pinkish colour sesuai dengan kedai kami yang menjual barangan dan baju bayi serta kanak-kanak. Dah takde bunga-bunga dah so lebih focus pada posting sahaja :)

 2) Interface yang memudahkan pengguna dengan static page yang merangkumi HOME iaitu semua posting di dalam blog JJC, ABOUT JJC untuk pengguna mengenal lebih rapat lagi dengan blog owner, PAYMENT INFO tentang bagaimana caranya untuk customer melakukan pembayaran, BORANG PESANAN untuk customer menempah item didalam blog JJC ataupun membeli ready item yang terdapat dalam stock JJC dan akhir sekali KATALOG JJC yang memaparkan kesemua item-item yang dijual di dalam blog JJC.

3) Link ke KATALOG JJC merupakan ruangan yang sangat-sangat memudahkan customer untuk melakukan pembelian atau tempahan di mana kami hanya memaparkan gambar-gambar sahaja di situ. Sekiranya customer berminat, tempahan serta pembayaran boleh terus dibuat di situ melalui system ‘add to cart’.

4) JJC di Facebook yang berada di sebelah kanan blog memudahkan mereka yang baru sampai dib log JJC untuk terus ‘LIKE’ page kami di Facebook. Target kami sekarang untuk mencecah 1000 orang ‘LIKE’ menjelang 2013. InsyaAllah…

 5) Blog JJC juga sudah mempunyai hamper 150 follower yang mana target kami juga adalah untuk menambah lagi bilangan follower kepada 500 orang menjelang 2013.

 6) Kami juga ada meletakkan senarai komen-komen terbaru di JJC untuk memudahkan pihak kami untuk memantau komen-komen customer dan pelawat di samping memudahkan kami untuk berinteraksi dengan anda. Tak kenal maka tak cinta kan.. hehehe 

7) Kami juga ada meletakkan Post Terhangat di JJC untuk memudahkan customer melihat item mana yang paling mendapat sambutan di samping memudahkan pihak kami untuk mengenalpasti kadar permintaan atau trend masa kini.

8) Dan seperti biasa kebanyakan blog-blog bisnes akan mempunyai adds nya sendiri, search button, list of posting dan lain-lain , kesemuanya untuk memastikan anda semua berpuas hati ketika melayari blog kami.


Sesungguhnya sambutan hangat daripada anda semua… menguatkan lagi semangat kami untuk memberikan yang TERBAIK buat anda… insyaAllah moga JJC terus maju dan mendapat tempat bukan sahaja dimata malah di hati anda semua!
Together We Support Handmade Stuffs!!!



Luv,
JJC Admin

No comments:

Post a Comment

JJC notes :

Meet us every 1st weekend of the month at Amcorp Mall flea market!