Thursday, January 12, 2012

Fakta tentang Jarum dari perspektif jahitan :)


Jarum - Ada banyak jenis jarum yang digunakan dalam proses menjahit sesuatu pakaian atau hasil jahitan.



 Jarum Mesin : Lubang untuk memasukkan benang berasa di bahagian yang tajam. Ini kerana bahagian yang tumpul disebelah atas berperanan untuk diletakkan pada mesin jahit anda . Jarum terdiri daripada beberapa jenis bergantung kepada nombornya. Untuk menjahit baha...n yang halus seperti sutera, gunakan jarum No.11, jarum No.13 untuk menjahit kain kapas dan linen. Manakala jarum No.16 untuk menjahit kain yang tebal seperti jeans atau drill.

Jarum Tangan : Jarum ini mempunyai lubang dibahagian atas iaitu dibahagian yang tumpul. Mereka yang tiada mesin jahit atau yang tak biasa menjahit pun selalu ada jarum ini. sekurang2nya pasti anda ada membeli satu kit menjahit dirumah yang ada jarum ini di dalam nya incase kalau seluar terkoyak, boleh jahit sendiri. kan? :) Jarum tangan digunakan untuk membuat jahitan som atau jelujur. Ada beberapa ukuran jarum tangan mulai No. 3-9. Jarum No.3 untuk kain halus, No.6 untuk kain kapas dan No.9 untuk kain tebal seperti jeans atau drill.






Jarum peniti : Orang yang pakai shawl atau selendang mesti ada jarum ni kan?... kalau tak kenal...tak tau la... hehehe :) Actually, dalam proses jahitan jarum peniti digunakan untuk menyemat kain sebelum dijahit agar kedudukan kain tidak bergeser.

Info ini dibawakan kepada anda oleh :

JJC Admin aka mamaeja
" I SEW WITH ♥ "

No comments:

Post a Comment

JJC notes :

Meet us every 1st weekend of the month at Amcorp Mall flea market!