Monday, September 19, 2011

Ada Apa Dengan COTTON! :)





Best ke Kain Cotton???

FABRIK kain kapas atau lebih dikenali sebagai kain cotton adalah fabrik paling sesuai dipakai di negara beriklim tropika atau khatulistiwa terutama sekali di Negara kita Malaysia. Sifatnya yang sejuk, tahan lasak membolehkan ia berfungsi sebagai penyerap peluh yang baik. Fabrik kain cotton dikatakan bersifat fiber dan mampu menyerap 25 peratus daripada kapasitinya di samping menghasilkan pengaliran udara yang baik pada badan. (maaf ayat atas ni skema sikit ye…maklumla..ayat penyata…hehe)


Ok, sambung lagi…

Kalu dulu, orang selalu sahaja kaitkan baju kurung cotton ni seperti baju ‘mak-mak’ atau ‘nenek-nenek’ sahaja, tetapi tidak kini. Bahkan kini, baju kurung cotton atau pakaian yang diperbuat daripada kain cotton telah menjadi trend pada masa kini. Especially, kalau kita tengok sekarang , corak kain cotton telah dipelbagaikan. Kalau dulu, Cuma corak bunga2 besar dan bunga2 kecil sahaja, tapi kini bukan sahaja bunga2… bahkan corak abstrak juga ada. Haaa..cuba tgk contoh2 kat bawah ni… exclusive from JJC tau!


















Kalau dulu juga, ramai orang menganggap kain cotton hanya sesuai dibuat baju tidur, baju kurung kedah, baju kanak2., sarung bantal, even baju langsir pun ada… (saya dulu pun sama…. Pernah mak buatkan baju kurung dari kain cotton…jumpa kawan… diaorg cakap , eh baju kau sama mcm langsir rumah mak aku… punyalah sedih masa tu)

Tapi, itu dulu! Sekarang lain pula…. Kalau kita tengok raya baru2 ni… ramai sangat yang pakai baju kain cotton. Even tempahan baju kurung kain cotton di JJC pun melimpah ruah…sampai terpaksa tolak2 tempahan… Alhamdulillah rezeki org kata..

Kain cotton sebenarnya ada banyak jenis… sepanjang pengetahuan saya, ada English Cotton yang mana kain nye sangat lembut , nipis tetapi tidak jarang. Japanese cotton pula agak tebal sedikit tetapi tidak terlalu keras. China Cotton agak keras dan tebal manakala India cotton pula lembut, nipis dan jarang. Namun, secara keseluruhannya walaupun ada pelbagai jenis cotton, tetapi satu sahaja yg menyatukannya… kain cotton memang sangat sangat selesa dipakai… tidak panas dan mampu menyerap peluh..

Sebab itulah kami di JarumJahitCollection amat menitik beratkan aspek kualiti kain cotton yang digunakan dalam produk jahitan kami.

Fuhh… penat berceloteh pasal cotton… apa kata enjoy dulu ye gambar2 kain cotton dalam koleksi kami ini…. Ada masa saya update lagi info2 berguna utk kita semua!

Hobby, Passion, Inspiration, Satisfaction...

Luv,
JJC Admin

No comments:

Post a Comment

JJC notes :

Meet us every 1st weekend of the month at Amcorp Mall flea market!