Tuesday, November 29, 2011

Apa itu Kain Flanel atau Felt?


Kain Flanel atau lebih dikenali sebagai FELT adalah jenis kain yang diperbuat daripada serat wool tanpa ditenun (maknanya x jahit la tu ye). Ia merupakan jenis kain yang tertua dalam sejarah manusia. Kain Flanel atau Felt mempunyai banyak kegunaannya. Even dalam industri automotif, muzik pun ada menggunakan kain felt. Tapi saya bukan la pakar dlm bidang kat atas ni, so.. saya cuma nak focus pada kegunaan kain flannel atau Felt dalam bidang crafting.

Mengikut kata pakar kita cik wikipedia, kain flannel atau Felt merupakan :
- kain jenis bukan tenunan (non-woven)
- diperbuat dari acrylic, dan ada juga dari polyster
- terdapat dalam pelbagai warna, saiz dan ketebalan
- mudah utk di jahit, atau hanya guna gam shj,
- tak perlu kelim kerana fabrik nya bukan jenis berbulu di tepi.
- sesuai utk home decor, kraf, tshirt juga aktiviti utk anak-anak



Ada berbagai-bagai jenis felt yang ada dipasaran. (sekiranya anda berminat untuk membeli, elok la bertanya kepada penjual tu, jenis dan juga ketebalan  felt yang mereka jual supaya sesuai dgn craft yang kita nak buat tu)
Acrylic jenisnya lembut dan berbulu, sedikit tebal. Amat sesuai untuk buat bantal, keychain yang diisi fiber, bunga-bunga dan buah-buahan(hasil lbh nampak real).
Jenis polyster pula lebih keras, nipis berbanding jenis acrylic. Sesuai untuk buat pencil case, hp case, dan untuk buat huruf. Dalam kategori polyster ada dua ketebalan, ada yang terlalu nipis (low quality), ada yang tebal skit (good quality).

Untuk penggemar-penggemar felt , ada beberapa tips yang saya nak kongsikan di sini :


1. Kain Flanel atau Felt merupakan fabric yang diperbuat daripada wool. Jadi untuk menjaga kualiti felt yang anda simpan, rendamkan kain felt tersebut di dalam air suam lebih kurang dalam 10 -15 minit utk membunuh bendasing pada felt itu. Senangkan?..

-mesti ada yang Tanya (kalau felt tu tgh basah nak buat macam mana?) ini jawapannyee…


2. setelah direndam, perah felt anda tu dengan lembut penuh kasih sayang untuk mengelakkan nya dari mengalami regangan yang seterusnya boleh mengakibatkan kualiti dan rupabentuk felt tu berubah. Jadi, tips utk memerahnya adalah dengan memekap kain felt itu dengan tuala dibahagian atas felt dan juga bawah felt dan kemudian menggulungkannya perlahan-lahan untuk make sure dia boleh serap air felt tu hingga kering… pun senangkan?.. hehehe



3.Felt ni pun ala-ala manja juga macam saya… hahahha.. ia nya perlu dikendalikan dengan teliti kerana fabriknya mudah berbulu dan regang. So, kalau nak guna utk aktiviti lasak , gunakan felt yg kualitinya lebih tebal sebab felt yang dah teregang tu susah untuk pulih kembali. Tapi senang je, kalau felt yang ada tu dah berbulu sedikit, rapikan saje mnggunakan gunting. InsyaAllah cantik kembali.



4. Satu lagi, kalau kena kotoran, basuh dengan air suam dan gunakan sabun seminima mungkin ye. Don’t ever use hot water sebab nanti kain felt anda akan mengecut. Jangan juga kenakan haba yang tinggi kerana felt akan cair dan merosakkan bentuknya.



5. untuk new crafters di luar sana, kain felt ni sebenarnya lebih mudah dikendalikan dengan jahitan tangan berbanding jahitan mesin. So, apabila nak menjahit tu.. pastikan jarum yang kita guna tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Jarum yang terlalu besar boleh meninggalkan kesan ke atas kain felt manakala yang terlalu kecil pula bole mematahkan jarum tersebut. Oleh itu, pilih yang sedang-sedang je ye.. pun macam saya… hehehe


6. last but not least, ada orang guna gam pada felt ada org jahit felt itu utk mencantumkan 2 pieces felt. Actually dua-dua boleh ikut pada kesenangan masing2. Senang cerita, kalau craft anda tu selalu digunakan lebih baik lah dijahit, kalau tak kerap barulah gam sahaja. Ini kerana kalau gam, lama-lama gam akan mengeras, rapuh lalu tertanggal. Tapu kalau jahit… InsyaAllah tahan lama. Craft felt untuk hiasan sahaja yang sesuai menggunakan gam.

So, harap info yang saya berikan ni dapat menambahkan lagi pengetahuan sedia ada kita disamping dimanfaatkan sepenuhnya bersama.

gambar2 kat atas tadi tu antara produk2 keluaran JJC

Untuk senarai produk felt JJC : klik sini  
Berminat untuk tempahan : klik sini
SHARING IS CARING!!!
Luv,
JJC admin

7 comments:

  1. Salam, tq di atas perkongsian. Kalau nak jahit felt pada kain / pakaian putih seperti gambar di atas, Kain Felt yang cmne sesuai ye ? harga kain Felt biasanya berapa RM ?? dan di mana boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan ??? TQ

    ReplyDelete
  2. reima kasih infonya sgt bermanfaat,mintak sharing ya...........

    ReplyDelete
  3. sis, kain felt acrylic ngan plyster tu berapa harga?

    ReplyDelete
  4. terima kasih infonye,..^_^...
    nak share jgk ea..tq.

    ReplyDelete
  5. tshirtn headband tu comel and cantikssss sgtt

    ReplyDelete
  6. tshirtn headband tu comel and cantikssss sgtt

    ReplyDelete

JJC notes :

Meet us every 1st weekend of the month at Amcorp Mall flea market!